Halaman

Salam Persaudaraan Dunia dan Akhirat.

Koleksi kata Hikmah dan Minda Islam

KETIKA SATU PINTU KEBAHAGIAAN TERTUTUP, PINTU LAIN DIBUKAKAN.TAPI SERINGKALI KITA TERPAKU TERLALU LAMA PADA PINTU YANG TERTUTUP SEHINGGA TIDAK MELIHAT PINTU LAIN YANG DIBUKAKAN BAGI KITA...................

....berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH selalu...

Mata kita bersifat penyayang. Apabila ia tahu yang diri tuannya sudah letih, ia memberikan isyarat supaya tuannya berehat melalui rasa mengantuk. Ia mahu tuannya kembali segar dan bertenaga. Mata kita bersifat penyelamat. Ia pengesan utama (dan biasanya yang pertama) kepada bahaya-bahaya yang jauh, agar tuannya mengambil langkah yang sewajarnya sesegera mungkin. inilah secubit Nikmat yang Allah Anugerah pada manusia...

: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”…

kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud: “Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”

Aku musafir yg mencari erti kemanusiaan di antara manusia..mencintai saudaraku mendekati sunah dan suruhan rasulmu dan ALLAH swt...

 Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ya sahabatku, Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Dua sifat ini perlu disatukan, tidak sempurna andai tiada salah satu. Sifat takut tanpa harap, dikhuatiri membawa kepada putus asa. Sifat berharap tanpa takut, dikhuatiri membawa kepada tertipu.

Lantaran kebahagiaan haqiqi seorang mu’min, Adalah dengan mencintai Tuhannya...Percayalah.. Andai kau temui bahagia Pasti ‘syurga’ sebelum Syurga menjadi milikmu.


Iman itu indah andai kau menghiasinya dengan taqwa & taat. Islam itu indah andai kau tahu bagaimana untuk menghormatinya & menuruti segala perintahNya serta meninggalkan laranganNya.

ALLAH sentiasa dekat dengan kita.Firman ALLAH: " Kerana itu ingatlah kamu kepadaKU nescaya AKU akan ingat kepadamu" (Al Baqarah : 152)

........Kalau kita cintakan seseorang..pasti kita ingin bertemu selalu. Kalau kita cintakan Allah..bertemulah selalu dalam zikrullah, bertemulah selalu didalam solah, bertemulah selalu di rumah Allah, berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As Sunnah....


Nur itu cahaya, yang menyinari.. dalam kegelapan..
cinta ini biar sampai syurga...


...Ya Allah Syukur atas Nikmatmu,aku masih dapat melihat mentari dan menghirup udaraMu di pagi ini...Amin..

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

 usaha dan doa: "Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku..dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anaku..amin,amin,ya rabbal alamin..

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

Renungan buat insan yang bergelar wanita.Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

"Ya Allah, tunjukkanlah kami bahawa kebenaran itu adalah sesuatu yang benar dan berilah kami kemampuan untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami bahawa kebatilan itu adalah sesuatu yang batil, maka itu berikanlah kami kemampuan menjauhinya"

Sabda Rasul saw. Ilmu itu ada dua macam. Pertama: Ilmu lisan, sebagai hujjah Allah dan kepada hambanya. Kedua: Ilmu batin yang bersumber dilubuk hati, ilmu inilah yang berguna untuk mencapai tujuan pokok dalam ibadah.

..RENUNGAN..."Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin diketahui. Maka aku menciptakan makhluk agar mereka mengenal Aku" (Hadis Qudsi).

......."Aku adalah 'Kanzun Mahfiyya' (yang terpendam dan tertutup). Aku ingin ditemukan dan dikenal. Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenal Aku. (Hadis Qudsi).

Rahsia ILAHI terkandung di dalam DIRI sehingga sekalian makhluk NYA diperintahkan supaya sujud kepada ADAM. “Ana a’lamu maa laa ta’lamuun” [AKU tahu apa yang kamu tidak ketahui]. Tetapi….. “Bal tu’thiruunal hayatad dunya. Wal aakhirotu khoirun wa abqaa” – Tetapi kamu (manusia) cintakan kehidupan di dunia [kehidupan nafsu ammarah] walhal akhirat [kehidupan nafsu mutmainnah] itu lebih baik dan kekal.

...mencari redha ALLAH...ingin menjadi insan berguna kepada orang lain...Syahadah no.1 .. Ikut Rasulullah saw.. jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

Ya ALLAH! I Am Lost And I Am Confused Darkness Is Not My Place I Want To See And I Want To Live And I Can Not Live Like This Show Me The Light The Light That Shines So Bright And Show Me The Path To My Future A Future Full Of Happiness And Peace Show Me The Path To A Place A Place Where I Can Fly Free Send Me The Love The Love That Will Last For Eternity Let Me Not Forget Why I Am Here For You Are The Reason I Want To Live So Ya Allah Show Me The Path That Leads Me To Your Way! Ameen Ya Rabb Almeen

Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripada-Nya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut BERUSAHA untuk membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup selama-lamanya -melainkan apa yang dikehendaki-Nya- walau kunci pernah berada di tangannya...

Sentiasalah berdoa " ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا و هبلنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب " Maksudnya : Ya Tuhan kami, jangan kau pesongkan hati kami (ke arah kejahatan) setelah kau memberikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah rahmat kpd kami; sesungguhnya kau lah Maha Pemberi Kurnia.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."-Surah At-Taubah ayat 129 MAHA SUCI ALLAH...Tuhan sekalian alam..

...." Pertalian seseorang hamba dengan Tuhannya akan berbungkus keimanan suci dan jernih adalah pertalian tanpa batasan yang menembus ruang dimesi dan waktu. Demikian pula dengan wajah pertalian antara sesama insan....

Air mata ini mengalir bila terkenang indahnya syurga mu, Air mata ini mengalir bila terkenang indahnya rahmatmu, Air mata ini mengalir bila terkenang bertapa besarnya pintu taubatmu, Air mata ini mengalir bila kau telah turunkan kekasihmu Muhammad S.A.W, Air mata ini mengalir bila melihat bahawa agama murni ini telah mengembang luas, akan tetapi !!! Air mata ini mengalir bila terbayang neraka mu, Air mata ini mengalir bila terbayang azab mu, Air mata ini mengalir bila terfikir jika tertutup sudah pintu taubat mu, Air mata ini mengalir bila kau angkat semula kekasih mu meninggalkan kami, Air mata ini mengalir bila agama yang dahulunya murni ini hanya tinggal sebagai nama, Ya Allah kau kembalikanlah air mata ini melihat keindahan rahmatmu yang agung ini jika tidak didunia berikanlah diakhirat sesungguhnya Engkau Maha Agung.Amin.Ya Robbal Alamin.

Semoga sama-sama kita dapat Hidayah dan Taufiq yang Benar.. "Ala bizikrillahi Tahtmaiinulquluub" Tidakkah hanya dengan berzikir/mengingati Allah hati kita akan menjadi Tenang! Sodaqallahul'aziim.

Allahuakbar (الله أكبر) Kalimah "Akbar" adalah dalam wazan tafdheel, bermaksud yang maha besar, yakni yang paling besar. Justeru kalimah Allahuakbar bermaksud, bahawasanya Allah lah yang paling besar, yang paling penting, dan paling mustahak. Tiada perkara lain yang lebih utama berbanding Allah Ta'ala. Segala perintah Allah mesti didahulukan dari segala urusan yang lain. Larangan Allah mestilah dijunjung dan diutamakan dari tuntutan dan pujuk rayu hawa nafsu. Justeru, Allah lah yang paling utama dan paling besar dalam alam ini, dan paling besar dalam kehidupan setiap hamba.

Alhamdulillah (الحمد لله) segala pujian itu adalah bagi Allah. Hanya untuk Allah. Iaitu, segala ucapan pujian, kesyukuran dan penghargaan itu hanya layak bagi Allah, kerana Dialah yang menjadikan segala nikmat, dan segala perjalanan dunia ini dialah yang mengaturnya.


Subhanallah (سبحان الله)"Maha Suci Allah" kalimah "Subhaana" adalah membawa maksud tanzeeh, yakni penyucian dan pembersihan dari segala kekurangan dan kelemahan....

Kurniakan kepadaku hati yang mencintaiMU..aku ingin dekat denganMU Ya Allah......

ALLAH itu tidak memungkiri janjiNya.“ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung” Surah Al-Zalzalah ayat 7-8.

"Ya Allah, Kau kumpulkanlah aku bersama dengan orang-orang yang bertaqwa dan berakhlak mulia...Amin."

Ilmu Itu Menjaga Kamu Tetapi Harta Itu Kamu Yang Menjaganya. -Orang Yang Mempunyai Banyak Harta Akan Mempunyai Ramai Musuh, Tetapi Orang Yang Banyak Ilmu Mendapat Ramai Kawan.

İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah Utuh...

If you really love her, you won’t touch her. Not even the slightest bit. You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah. Just hold her in your heart for a few more years .. then you can do it the halal way

Penawar Bagi Hati yang sedang resah. Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (Adz Dzariyat : 49)

 “Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim)

Memikili Tuhan.. Memiliki segalanya.. Kehilangan Tuhan.. Kehilangan segala2Nya..

Bila hati diturut, akal sering di abaikan... dan bila akal menguasai jasad, hati juga menjadi punca yang sering di utamakan dalam melakukan setiap perkara yang di luar jangkaan...
" Semua manusia tahu bagaimana hendak bercakap tetapi tidak semua orang tahu bila dia patut bercakap."

Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Pelajarilah Ilmu di dalam Ilmu dan Ikhlas di dalam Ikhlas..hanya Allah yg Maha Mengetahui apa yang tersembunyi didalam hati kita..wallahu'alam.


SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN

Ya ALLAH, hadirkanlah wajah penuh cahaya, hati yang tenang dan Amal yang terbaik serta berterusan.

.....""orang yang berakal tanpa agama adalah sesat,orang yang beragama tanpa akal beku, kahwinkanlah antara akal dan agama,maka akan lahirlah hikmah" "jadikanlah apa yang dilikat oleh mata itu untuk kita berfikir.dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran penciptaaNYA"............

.....kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup......

kadangkala...ALLAH hilangkan mentari...kemudian DIA dtgkan guruh..puas kita menangis..mencari di mana mentari kita..rupa-rupanya ALLAH nk hadiahkan kita pelangi yg indah..

WANITA : Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. LELAKI : Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Kita terhijab kerana kita tak masuk ke dalam kota Allah . Kita terhijab kerana Allah itu terlalu Batin Dalam Zahir. Kita terhijab kerana Allah itu terlalu Bersembunyi Dalam Terang

Hijab yang paling terbesar apabila kita merasakan diri kita tidak terhijab iaitu kenal akan Allah, akan tetapi pada hakikatnya kita masih belum kenal Allah. Kerana kita duduk dalam sangkaan semata-mata. Hijab ini dikatakan paling besar kerana kita tidak akan mengubah paradigma ilmu dan kefahaman kita kerana kita rasa kita sudah cukup mengenali DIA.

manusia ramai yang terhijab dengan Ilmunya mereka sangka, Ilmu syariat mereka itulah yang terbaik, benar dan betul semuga dapatlah mereka menunjukkan akhlak yang mulia, dan perasaan mereka terhindar dari resah gelisah sebab itu Allah berikan misalan, cubalah Jari telunjuk kamu, kamu celupkan ke dalam lautan, apakah yang masih tinggal di jarimu itulah ibarat Ilmu dalam diri kamu subhanallah


Keistimewaan Al-Quran: 1. Kalam Allah SWT yang tidak berbaur dengan fahaman manusia yang menyeleweng. 2. Mudah. Allah SWT mempermudahkan pembacaannya, memahaminya, dan mengamalkannya. 3. Mukjizat. Allah SWT telah mencabar orang Arab untuk mencipta satu ayat seperti dalam Al-Quran namun mereka gagal. 4. Kekal abadi. Ianya tidak tertentu untuk satu generasi sahaja bahkan ia adalah kitab yang terakhir bagi seluruh umat manusia. 5. Menyeluruh. Al-Quran mengumpulkan asas petunjuk kepada setiap kehidupan manusia.

Al-Quran adalah sumber utama bagi umat Islam. Al-Quran merupakan rujukan kepada ilmuan Islam kerana di dalamnya terdapat pelbagai ilmu yang merangkumi Aqidah, fahaman, prinsip, ukuran, aspek ibadat, syiar akhlak, adab undang-undang dan syariat.

“HUWAL AWWALU WAL AAKHIR, WAZZHOHIRU WAL BAATHIN” Dia lah yang Awwal dan yang Akhir, dan yang Zohir dan yang Batin.

"barang siapa yang mengamalkan ilmu sedia ada.. maka ALLAH akan sediakan ilmu yang belum ada"

“Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Q.S. Ali Imran 191)

ZIKIR HARIAN: RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM – 1,000 KALI, SATU KALI SEBUT HILANG SATU TITIK HITAM DALAM HATI KITA. SATU TITIK HITAM ADALAH DARI SATU DOSA, JIKA TIDAK MEMINTA MAAF (MENGHILANGKANNYA) WALAUPUN SEMBAHYANG,KITA AKAN MASUK NERAKA SELAMA MANA TITIK HITAM TERSEBUT BERADA DALAM HATI KITA. KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI, ALLAH AMPUNKAN DOSA SEBANYAK BUIH DILAUT, DAN SATU KALI SEBUT TUMBUH SATU POHON SYURGA UNTUK KITA DI TAMAN SYURGA.


Ya Allah!!! Tuhan Yang Menzhohirkan Rahmat Kasih SayangNya pada hamba-hambanya terpilih. Masukkan kami ke dalam golongan mereka yang Engkau himpunkan keredhoanMu pada jiwa mereka. Hamba ini terlalu Dhoif, Lemah, Jahil dan Papa. LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH

Firman Allah “Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang” [Al-Ahzab:41-42]


Allah s.w.t. menceritakan di dalam Al‐Quran: Mafhumnya “Sesungguhnya zikrullah itu Maha Besar, Maha Agung”

Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya).

SATU untuk  SEMUA...wujud ALLAH SWT adalah untuk semua makhluk di darat dan dilaut sujud kepadaNya..,..diciptakan matahari untuk menyinari sekian alam dan makhluknya..diciptakan hujan untuk menyuburkan tanah yang gersang,agar manusia dapat melihat kebesaran Allah swt..



...Ya  sahabatku,doakan kesejahteraanku,agar aku dapat terus berkarya,mencurah minda diatas tinta.Ya Allah,berikan aku kekuatan atas segala ujianMu,Berikanlah aku hati yang penuh kasih sayang kepada sesama insan agar mereka jua menjadi insan yang bahgia dengan mensyukuri RahmatMu..Amin.


...Segala puji pujian keatasmu ya Allah kerana sifat mu yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Kepada hambamu…Aku ingin menuju kepadamu, tunjukan aku jalan yang lurus dan benar…
                                                                                                                                        
                        

…bersihkan hatiku yang terpalit kotor dengan godaan syaitan..zikirullh  mengingatimu sentiasa agar kau pagari hatiku dengan benteng keimanan yag kukuh..biar mata hatiku melihat kepada kebenaran dan akal fikiran  mengingatimu siang dan malam…

..ucapan mencerminkan tingkahlaku, perbuatan didunia menggambarkan kehidupan kita di akhirat, jangan sesekali rosakkan hatimu  mengikut nafsu amarah..istighafar dpt melegakan emosi…


..Hidup perlukan pedoman..Kita ibarat sebuah kapal dalam pelayaran,nakhoda kapal itu adalah hatimu..

..Allah ciptakan pohon yang subur, punya akar,dahan,ranting dan daun..Suatu masa akan berbuah supaya makhluk lain akan dapat menikmati anugerah Allah. Tidakkan kita dapat melihat:  pohon ibarat  pegangan, akar adalah akidah,dahan dan ranting adalah   amalan sunnah dan  buah ibarat ilmu dan akhlak..

..Allah berfirman: “Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkal (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya.” (QS Ibrahim, ayat 24-25)



..Dijadikan manusia berbilang bangsa supaya manusia saling mengenali..Hidayah akan tiba kepada sesiapa saja apabila Allah kehendakinya walaupun ia seorang hamba.

.Jangan berbangga dengan apa yang anda ada,kerana ianya sementara.Sucikan hartamu dengan zakat agar hidupmu bertambah berkat…

..Ramai orang yang MENCARI  tetapi belum berjumpa, walhal jika Allah inginkan seseorang yang DICARI , ilmu Allah itu akan sampai sekelip mata..

..menangis mengingatimu ya Allah mengenangkan kasihmu kepada kami semua.ampunkanlah semua kesalahan ku,bimbinglah hati kami supaya mengikut ajaran sunnah junjungan nabi Muhammad saw.

..Ciri aqidah yang benar adalah keyakinan yang teguh tentang kewujudan, keEsaannya dan kekuasaan Allah swt. .Menjauhkan diri dari mensyirikkan Allah. .Kepercayaan dan keyakinan berlandaskan al Quran dan as Sunnah


..TURN to ALLAH before  RETURN to ALLAH…ALLAH HU AKBAR…
ALL I NEED IS ALLAH SWT.

.Manusia pertama ciptaan Allah adalah  Nabi Adam as,kita jgn lupa  kejadian kita milik Allah jua.Kita akan pergi menemuinya bila bila apabila dikehendakinya..

.. Sehebat mana pun  kita, sebagai seorang muslim, kita adalah bakal jenazah dan akan dimandikan jenazah  buat kali terakhir dan di sembahyangkan sebelum menemui Allah swt>  sham r

..Setiap orang memiliki kunci kebenaran, Cuma lambat atau cepat sahaja untuk membukanya.-sham r

.Kemenangan terbaik adalah selepas kekalahan berkali kali . Ianya amat manis dan kekal setelah ia mengerti apa itu Usaha. Sham r

.Jangan takut pada kegelapan jika cahaya yang kamu cari. jangan takut pada kegagalan jika kejayaan yang dicari.. carilah pasanganmu  walau pun kamu putus cinta berkali kali,kerana kesedihan mengajar kamu tabah dan matang..

“Tataplah wajah ibumu sementara dia ada..ganjaran pahala kepada mereka yang menziarahi ibunya kerana Allah menjanjikan syurga di tapak kaki ibu..”

..rugilah jika jiwa mu dibiar kosong, santapan rohani membuat kamu lebih yakin dengan keagungan Allah..

..Kehidupan bukan seperti perlumbaan  siapa yang sampai dulu tetapi siapa yang dapat bertahan lama. Jadi teruskan mencari,belajar dan mengamalkannya agar menjadi  orang yang menang.

..Kita melangkah menuju hadapan,tetapi kita lupa sesekali kena toleh kiri dan kanan supaya dapat melihat sorakan..Perjalanan ada cabaran,terpulang  anda menghadapinya.

...Mendoakan sahabat yang lain akan mendapat ganjaran dan perkenan Allah swt.
Membimbing saudaramu akan  mendapat pahala yang besar.
Mengasihi saudaramu  mendapat kasih sejati dari Ilahi

..Jika Allah selalu dihati kita  maka Allah selalu bersama kita.Penuhilah hati mu dengan berzikir mengingati Allah,nescaya  Allah akan  mengasehimu.

..Hidup di dunia adalah transit semata, negeri yang  kekal  adalah Akhirat.
Dalam perjalanan menuju negeri Akhirat, bawalah bekalan agar kamu tiada kesusahan kelak.

..Ya Robbi Ya Ilahi Ya Tuhanku, aku berlindung kepadamu dari godaan duniawi dan hasutan syaitan durjana.Berilah aku perlindungan dari terjerumus bersama orang orang yang kufur,selamatkan saudaraku dari lembah kehinaan,peliharalah semua hambamu ini agar tergolong bersama orang orang yang soleh dan solehah, Engkau yang Maha Adil dan Mengasehani,Maha Kaya lagi Maha Kuasa..Amin..

..Insan dijadikan berpasang pasangan..tiap satu hanya pinjaman semata. Jangan bersedih jika hajat tak kesampaian kerana Allah lebih mengetahui..

..Allah Maha Besar,Allah Maha Agung dan Allah Maha Suci. Allah pencipta sekian Alam
Setiap apa yang diingin;”KU FA YA KUN’’..ingin ia jadikan sesuatu,maka jadilah ia….

.Aku lebih senang menjadi sahabat dari jatuh cinta kepada seorang wanita..kerana pabila putusnya  cinta akan musnahlah jembatan persahabatan itu. Namun jika persahabatan tanpa rasa cinta maka sudah pasti  jembatan persahabatan tidak akan kukuh sampai bila bila.

..Aku ibarat jembatan yang rela menjadi penghubung antara dua insan yang lama mencari kekasihnya.maka akan ditinggalkan jembatan itu setelah mereka bersetuju mendirikan sebuah masjid kecuali mereka yang selalu berulang alik untuk mendirikan solat….

..Jangan menangis wahai sahabat  jika terasa kehilangan..menangislah jika kamu di anugerahkan  keindahan kerana kamu akan rasakan kebesaran Tuhan..Kehilangan itu sekadar melengkapi tempoh pinjaman..

..Indahnya Islam pabila melengkapi Iman dan Taqwa.Yakini ketentuan Tuhan sebagai hambanya yang sentiasa diuji..pernah  beliau menentang Islam,tapi kini ia berjihad menegakkan syiar Islam.Allh Hu Akbar..


..Aku berdakwah dengan caraku..apa yang ku sampaikan semata mata kerana Allah.
Biar apa orang nak kata, biar ada yang mencemuh bicara asalkan niatku sempurna.
Mungkin katanya ini bkn tempatnya  utk ku mengatur bicara..Ya,.bukan semua dapat menerima, seorang dua menerima kata,Alhamdulilah padaMu jua.

..Niatku untuk kebaikan“Sebarkanlah walau sepotong ayat.”Allah telah menjanjikan:  kebaikan sebesar zarah akan dibalas dengan pahala jua.jadi demi masa,  mengapa  aku harus tergolong dalam golongan orang yang rugi..

Tanpa bicara bayu menyapa kita,tanpa rupa namun terasa. beribu kali sejak azali, tiap kali kita sedari.Tanpanya aku lemas didaratan dan pasti tak bernyawa lagi.   ia ADA namun tak dapat dilihat oleh pancaindera.Begitulah Allah Ianya ADA namun kita tak dapat melihatNya.TanpaNya tiada aku disisimu lagi….


.Sebuah perjalanan akan berhenti akhirnya apabila sampai saat dan ketikanya.Bawalah
 bekalan semasa perjalananmu, supaya tidak keletihan apabila sampai destinasi.

 Cinta boleh membuat hati hancur dan terluka apabila putus mencintai seseorang.Namun cinta boleh membuat hatimu sempurna apabila mencintai Allah.

 Erti persahabatan lebih berharga apabila dinilai oleh dua sahabat.tapi ia lebih Mulia jika persahabatan itu diredhai Allah..

 Kita mampu tersenyum  jika hati gembira.Tapi aku akan menangis kesedihan jika hati  mu kosong belaka..

... Kita bersua  ketika  kamu sedang mengharapkan dari ku sesuatu....
kita berpisah setelah ku buka ruang bicara…namun pertemuan ini  hanya sementara kerana aku menunggumu di sana nanti.

 Manusia dilahir dengan sifat cinta,namun kadang kadang mereka tersilap meletakkan  Cinta di bekas yang betul…

73 Wasiat Untuk Para Pemuda Muslim

73 Wasiat Untuk Para Pemuda Muslim 

 
 
1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya', baik dalam perkataan ataupun perbuatan.
 
2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlaq.
 
3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber-azam-lah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi larangan-Nya.
 
4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nashuha dan perbanyaklah istighfar.
 
5. Ingatlah bahwa Allah senantiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahwa Allah melihatmu, mendengarmu, dan mengetahui apa yang terbesit di hatimu.
 
6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.
 
7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilah mana baik dan mana yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah / syari'at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang tidak punya pendirian.
 
8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti / mencontohmu dalam mengamalkannya.
 
9. Peganglah kitab Riyadhush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu [/orang lain] (demikian juga kitab Zaadul Ma'ad oleh Ibnul Qoyyim).
 
10. Jagalah selalu wudhumu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadats dan najis.
 
11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masijid, terlebih lagi shalat "Isya dan Fajr (Shubuh).
 
12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak/sedap, seperti bawang putih dan bawang merah [termasuk juga petai dan jengkol]. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin lainnya.
 
13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.
 
14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.
 
15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jum'at dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua karena engkau akan berdosa.
 
16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu, baik yang telah lalu maupun yang akan datang. [Lengkapilah pula dengan puasa-puasa sunnah yang telah dituntunkan oleh Rasulullah saw].
 
17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar'i sebab engkau akan berdosa karenanya.
 
18. Tegakkanlah shalat malam di bulan Ramadhan (shalat tarawih) dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yanng telah lalu. [Pertahankan pada bulan-bulan berikutnya].
 
19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.
 
20. Bacalah Al-Qur'an dengan mentadabburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur'an itu menjadi hujjah bagimu di sisi Rabbmu dan menjadi penolongmu di Hari Qiyamat.
 
21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah, baik dalam keadaan berdiri, duduk, ataupun berdiri. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.
 
22. Hadirilah majelis-majelis dzikir, karena majelis dzikir termasuk taman syurga.
 
23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan. Hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, karena pandangan i tu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.
 
24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki (untuk kaum laki-laki) dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/keangkuhan.
 
25. Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas, karena keduanya diharamkan untuk laki-laki.
 
26. Janganlah engkau menyerupai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanita menyerupai laki-laki.
 
27. Biarkanlah jenggotmu, karena Rasulullah bersabda, "Cukurlah kumis dan panjangkan jenggot" (HR. Bukhari dan Muslim).
 
28. Janganlah engkau makan, minum [dan berpakaian] kecuali yang halal agar do'amu di-ijabah.
 
29. Ucapkanlah basmallah ketika engkau hendak makan/minum dan ucapkanlah hamdallah apabila engkau telah selesai.
 
30. Makanlah, minumlah, ambillah dan berilah dengan tangan kanan.
 
31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman karena kezhaliman itu merupakan kegelapan di Hari Qiyamat.
 
32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan ridha dan menyuguhkan makanan yang halal untuknya).
 
33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi suap, menerima suap atau pun menjadi perantaranya, karena pelakunya terlaknat.
 
34. Janganlah engkau menukar keridhaan manusia dengan kemurkaan Allah, karena Allah akan murka kepadamu.
 
35. Taatilah ulil amri (pemerintah) dalam semua perintah yang sesuai dengan syari'at dan do'akan kebaikan untuk mereka.
 
36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian. "Barangsiapa menyembunyikan persaksiannya, maka hatinya berdosa. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan" (QS. Al-Baqarah: 283).
 
37. Ajaklah manusia kepada yang ma'ruf (apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya) dan jauhi kemungkaran (apa-apa yang dilarang oleh Allah dan Rosul-Nya). "Dan beramar ma'ruf nahi munkarlah seerta sabarlah terhadap apa yang menimpamu" (QS. Luqman : 17).
 
38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan, baik yang kecil maupun yang besar. Janganlah engkau bermaksiyat kepada Allah dan janganlah engkau membantu seorang pun dalam bermaksiyat kepada-Nya.
 
39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berf irman, "Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji dan seburuk-buruknya jalan" (QS. Al-Israa: 32).
 
40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari mendurhakainya.
 
41. Wajib bagimu untuk silaturahmi dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahmi.
 
42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu, maka bersabarlah.
 
43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di jalan Allah.
 
44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah, karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.
 
45. Wajib bagimu untuk duduk bermajelis dengan orang shalih dan hati-hatilah dari bermajelis dengan orang-orang yang jelek.
 
46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (kebutuhan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.
 
47. Berhiaslah dengan kelemah-lembutan, sabar dan teliti. Hati-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.
 
48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.
 
49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak engkau kenal.
 
50. Ucapkanlah salam yang disunnahkan, yaitu "assalamu'alaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.
 
51. Janganlah mencela seorang pun dan mensifatinya dengan kejelekan.
 
52. Janganlah melaknat seorang pun, termasuk hewan atau benda mati.
 
53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan orang lain, karena hal itu termasuk dosa yang besar.
 
54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerusakan di antara mereka.
 
55. Hati-hatilah dengan ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.
 
56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim.
 
57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia, karena hal itu merupakan amalan yang utama.
 
58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.
 
59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta, karena dusta akan mengantarkan kepada dosa dan dosa mengantarkan kepada neraka.
 
60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok orang dengan satu wajah dan data kepada kelompok lain dengan wajah yang berbeda.
 
61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.
 
62. Janganlah menghina orang lain, karena tidak ada keutamaan atas seorang pun kecuali dengan taqwa.
 
63. Janganlah mendatangi dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan janganlah membenarkan [perkataan/ramalan] mereka.
 
64. Janganlah menggambar gambar manusia dan binatang [makhluk bernyawa]. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada Hari Qiyamat adalah tukang gambar.
 
65. Janganlah menyimpan [memajang] gambar makhluk bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.
 
66. Tasymit-kanlah orang yang bersin dengan mengucap, "yarhamukallah" apabila dia mengucapkan , "alhamdulillah".
 
67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.
 
68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena akan menghapuskannya. Hati-hatilah dari menunda-nunda.
 
69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah.
 
70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.
 
71. Bersabarlah dari segala musibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikmatan yang ada.
 
72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarkan ilmu.
 
73. Mohonlah syurga kepada Allah dan berlindunglah dari neraka.
 74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah. Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya, keluarganya dan para shahabatnya hingga Hari Qiyamat.