Halaman

Salam Persaudaraan Dunia dan Akhirat.

SEJARAH PENUBUHAN KOBIM

Penubuhan Koperasi Belia Islam Melaka Berhad (KOBIM) telah diluluskan diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 8 Oktober 2012. Dimana keahliannya dibuka kepada semua yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Kami merupakan koperasi yang menjalankan operasi berasaskan perkhidmatan samada berkaitan pendidikan, ICT, runcit, kebajikan, pelaburan dan lain-lain perkhidmatan seperti diluluskan oleh undang-undang kecil koperasi. Antara perkhidmatan yang akan/telah mula dijalankan adalah seperti berikut:
Produk kad perkhidmatan dengan kerjasama MZ Group.
  1. Pengurus Acara (Event Manager) kepada beberapa program belia di sekitar Melaka (antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia- ABIM, Institut Usahawan Bumiputera- IUB, MARA,dan Majlis Gerakan Belia Melaka - MGBM.
  2. Konsultan Pendidikan dengan menjalankan seminar, klinik peperiksaan, latihan keusahawanan dan kepimpinan.
  3. Pasar Mini 1Malaysia – dalam proses.
  4. Tuisyen kepada pelajar.
  5. Perkhidmatan Pengangkutan Bas Express dan Sewa – dalam proses.
 Oleh yang demikian, kepakaran ahli dlm bidang masing2 diperlukan bagi koperasi menjana peluang perniagaan dan pendapatan kepada ahli.

 

VISI

Menerajui Perubahan Sosio-Ekonomi Anggota Koperasi

MISI

Membantu Anggota Meningkatkan Taraf Ekonomi ke Arah Bebas Tanggungan Hutang Sebelum Meninggal Dunia
Membudayakan Amal Jariah di kalangan Anggota 

MANFAAT ANGGOTA

 

KAD POTONGAN HARGA   

 

 

Nikmati kadar potongan harga istimewa antara 5% – 30% di premis-premis perniagaan terpilih.
Services card akan diserahkan kepada ahli anggota semasa perjumpaan dalam fasa 1 langkah 2 atau boleh dapatkan melalui ahli anggota yang menyokong anda menyertai kami.

KAD SIM ONETELCO

 

Semua ahli anggota akan dibekalkan dengan KAD SIM  baru berasaskan syariah. Nombor akan dikekalkan dan nikmati penjimatan hebat dengan penggunaan line Salamfone.

KHAIRAT KEMATIAN

 

  • Bayaran pertama – RM300 dalam tempoh 24 jam melalui wakil kawasan.
  • Bayaran kedua – RM1,000 – RM50,000 akan diserahkan kepada waris setelah pihak KOBIM menerima bukti kematian.
Sekiranya berlaku kematian pihak KOBIM akan melancarkan tabung derma kilat untuk khairat kematian. Setiap pemilik services card hendaklah memberi sumbangan sekurang-kurangnya RM5.00 untuk membantu arwah dan keluarga arwah. Kepada peserta yang menyenaraikan hutang piutang sebelum kematian maka pihak KOBIM akan usahakan untuk menyelesaikan hutang tersebut supaya pihak yang ditinggalkan(waris) tidak akan menanggung hutang arwah InsyaAllah.
Syarat: Selepas 120 hari dari tarikh kuatkuasa keahlian KOBIM.

BADAL HAJI

 

BADAL HAJI (kuatkuasa serentak dengan khairat kematian) Apabila berlaku kematian awal atau lumpuh kekal menyeluruh, pihak KOBIM akan melaksanakan Badal Haji melalui TH Travel & Services anak syarikat Lembaga Tabung Haji dan beliau akan melantik individu yang layak mengerjakan haji bagi pihak peserta. Pewaris akan menerima Sijil dari pihak TH Travel & Services sebagai bukti Badal Haji telah ditunaikan bagi pihak peserta (kepada umat Islam yang masih belum menunaikan haji semasa hayatnya).

PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

 

Setiap ahli keluarga KOBIM layak mendapat satu (1) bahagian Qurban mengikut giliran. Kepada yang ingin melaksanakan Qurban lebih awal boleh rujuk pihak kami, kerana mulai 2013 pihak kami ada menyediakan Ibadah Qurban untuk satu (1) bahagian dengan nilaian 50% dari harga biasa. Kepada bukan keluarga KOBIM kami kenakan bayaran penuh mengikut harga semasa dan setempat.

WAKAF AL-QURAN

 

WAKAF AL-QURAN (kuatkuasa serentak dengan khairat kematian) Apabila berlaku kematian pada peserta pihak KOBIM akan membeli sejumlah naskah Al-Quran dengan nilaian RM500 dan akan disedekahkan kepada masjid/badal amal atas nama peserta (nama peserta akan dicetak pada kulit Al-Quran)

BANTUAN EHSAN

 

BANTUAN EHSAN (musibah) Bantuan yang dimaksudkan seperti kebakaran, kemalangan, pembedahan dan yang mana pihak KOBIM fikir boleh membantu. Insya Allah pihak KOBIM akan cuba membantu untuk meringankan sedikit masalah yang peserta hadapi.
Syarat: Kuatkuasa selepas 120 hari keahlian.

BANTUAN KASIH SAYANG

BANTUAN KASIH SAYANG (kuatkuasa dari tarikh keahlian) RM600.00 setahun kepada pemilik services card yang layak. Bayaran akan disalurkan terus ke dalam akaun peserta secara berkala iaitu tiga (3) atau empat (4) kali dalam setahun.

PINJAMAN PERNIAGAAN

SYARAT:-
  1. Memiliki Services Card 
  2. Mempunyai perniagaan melebihi setahun
  3. Untuk Usahawan Kecil KEISTIMEWAAN:- RM500.00 – RM10,000.00 (tanpa riba).
Pinjaman ini terbuka kepada usahawan kecil yang telah menjalankan perniagaan melebihi setahun dengan tujuan untuk memperbesarkan perniagaan tersebut. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk terus ke admin KOBIM.

KURSUS KEMAHIRAH

Menyediakan pelbagai kursus seperti memasak, menjahit dan banyak lagi. Terbuka kepada semua keluarga KOBIM semuanya percuma. Kami juga memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menganjur, segala pertanyaan boleh rujuk kepada admin kami

BIASISWA / SUMBANGAN

Biasiswa / sumbangan kepada anak anggota yang mendapat keputusan cemerlang dalam pendidikan agama/tahfiz. Terbuka kepada pelajar yang berusia sembilan(9) tahun hingga 25 tahun.

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

KOBIM turut membuka peluang kepada ahli keluarga KOBIM melanjutkan pelajaran di Maktab Koperasi Malaysia (MKM).

PELUANG PERNIAGAAN

Kami menyediakan seminar “MENJANA PENDAPATAN TANPA MODAL’ secara percuma di mana sahaja kepada setiap pemilik services card. Alhamdullilah setelah menyertai seminar ini kami yakin dengan izin Allah peserta akan mendapat pendapatan sehingga lima (5) angka dalam masa 3-5 bulan.

PERKHIDMATAN NASIHAT KEWANGAN
Anda memerlukan perkhidmatan kaunseling kewangan? Kami sedia membantu. Sila temui kami bagi memperoleh khidmat rundingan kewangan secara PERCUMA

BAYARAN KEAHLIAN KOBIM

  1. Bayaran Pendaftaran = RM 10.00 (Sekali Seumur Hidup)
  2. Saham Koperasi (Minimum) = RM 100.00 (Tahunan)
  3. Sumbangan Kebajikan = RM100.00 (Tahunan)/ RM 85.00(untuk tahun berikutnya)
Jumlah = RM 210.00