Halaman

Salam Persaudaraan Dunia dan Akhirat.

Kata Aluan Pengerusi

Sebagai orang perantaraan diantara masyarakat dengan MZ GROUP, anda seharusnya seorang yang beretika, bermotivasi, berwawasan dan mempunyai daya intelek supaya sentiasa dapat memberi sumbangan yang positif kepada masyarakat bertitik tolak daripada keimanan dan ketakwaan, kerana Islam melihat manusia terdiri daripada kesatuan jasad, akal dan roh
Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. serta para sahabatnya.
Dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran dan saingan, manusia kian hilang rasa kemanusiaannya. Keperluan hidup yang tinggi ditambah pula kegawatan ekonomi menjadikan mereka  sentiasa bergelut dalam pencarian rezeki sehingga kehidupan menjadi nafsi-nafsi.
Kesedaran untuk menyediakan persiapan kematian menjadi perkara remeh, apabila mengingati kematian itu sendiri. Maka apabila berlaku kematian, ia menjadi beban kepada waris yang ditinggalkan.
Mengamati tuntutan fardhu kifayah ini, MZ merasakan begitu prihatin dan bertanggungjawab untuk mewujudkan satu program yang boleh memberi manfaat kepada semua masyarakat di dunia dan akhirat.
TAHNIAH kerana anda telah membuat satu keputusan yang bijak dan tepat dengan menyertai MZ GROUP. Dikesempatan ini MZ ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kesudian anda untuk bersama-sama memajukan diri dan membangunkan MZ GROUP demi membantu masyarakat.
Syukur kita pada Allah S.W.T. di atas limpah dan nikmatNya yang diberikan sehingga dapat kita bersama-sama berganding bahu untuk memenuhi keperluan masyarakat dalam melindungi ekonomi mengikut lunas-lunas yang diredhaiNya dan MZ GROUP menyalurkan keistimewaan khas kepada para peserta yang berdaftar menerusi satu wadah yang mencerminkan perjuangan MZ GROUP untuk pembangunan masyarakat dalam mengubah, mencorak serta mendidik masyarakat ke arah budaya merancang kewangan.
Sebagai orang perantaraan diantara masyarakat dengan MZ GROUP, anda seharusnya seorang yang beretika, bermotivasi, berwawasan dan mempunyai daya intelek supaya sentiasa dapat memberi sumbangan yang positif kepada masyarakat bertitik tolak daripada keimanan dan ketakwaan, kerana Islam melihat manusia terdiri daripada kesatuan jasad, akal dan roh. Oleh itu, seseorang individu yang dapat menampil dan membina ketiga-tiga aspek ini akan merasakan nikmat hasil usaha daripada apa yang dipraktikkan.
Sesungguhnya perwatakan kita berbeza tetapi matlamat kita adalah sama untuk memajukan organisasi dan ummah. Saya ingin melihat kita semua mempunyai wawasan ke arah pembentukan sosial murni dengan wujudnya MZ GROUP, tetapi jangan lupa di dalam keghairahan duniawi, di mana fardhu yang lima jangan diabaikan, kerana di dalam rohlah berlaku proses pembentukan positif dan membina yang akhirnya akan membantu pencapaian matlamat kita. Saya yakin dan percaya anda pasti akan mencapai kejayaan yang setanding jika anda sanggup menaruhkan usaha yang sama.
Diharapkan laman web ini akan dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan amat berguna pada anda untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai kaedah, prinsip, falsafah, keistimewaan dan kelebihan MZ GROUP berbanding pihak lain. Dengan satu kuasa momentum untuk berjaya dan ingin melakukan angin perubahan, anda akan dapat merasakan perbezaannya setelah anda menjadi wakil dan keluarga MZ GROUP melalui sistem unik wakil dan keluarga yang menakjubkan.
Akhir kata marilah kita merenung dan berfikir serta menghayati sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.a.w apabila seseorang kamu melakukan sesuatu pekerjaan supaya dikerjakan dengan baik dan sempurna"