Halaman

Salam Persaudaraan Dunia dan Akhirat.

Syiah


Syiah (شيعة Syi’aṯ) ialah salah satu mahzab terbesar dalam Islam selepas Sunni.Muslim Syi’ah mengikuti Islam sesuai yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya. Syi’ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama seperti juga Sunni menolak Imam Syi’ah. Bentuk tunggal dari Syi’ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. .Kebanyakan Sunni islam mengatakan bahawa mahzab syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam [perlu rujukan]
Aliran
Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua belas atau Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Twelvers /(اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah Ismailiyyah, Zaidiyyah dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Druze juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syaih lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimid. Dua puluh peratus dari penduduk Turki adalah mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Siria pula mempunyai bilangan besar golongan Druze dan Alawi.
Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan KeturunanNya menjadi pemimpin umat Islam dan hendak lah bersatu di bawah Pemimpin.
Pergerakkan Hizbollah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua belas.
Di Malaysia,fahaman Syiah sering tersalah kerana sebahagian ulama menganggap Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba, tetapi sebenarnya ia adalah kaum Ghulat yang menggunakan nama Imam ALI untuk mendapat kepercayaaan orang-orang Arab menentang Utsman. Pada ketika itu pusat pemerintahan Ahlul bait berada di Iraq.Maka Syiah ini dekenali sebagai Syiah Sabahiyyah yang telah difatwakan oleh Ulama Syiah Imamiyah sebagai ajaran sesat kerana telah memalukan mazhab Ahlul bait ini sehingga sekarang.
Mengikut pandangan Syiah
Pengertian syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:
Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur’an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,”Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci”.
Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,”Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah”.
Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,”Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya”.
Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAW lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 – Surah al-Bayyinah, Nabi SAW bersabda:”Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai”, dan sabdanya lagi:”Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti”.
Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur’an dan Hadith Nabi SAW.
Yang dimaksudkan oleh oleh alquran dan hadis itu bukanlah kata khusus kepada puak syiah ini, melainkan kata umum kepada pengikut kepada sesuatu golongan pengikut, yakni golongan ibrahim as, golongan yang derhaka, golongan musa as. Bahkan rasulullah sendiri pernah bersabda mafhumnya: golongan kamu ali akan terbahagi tiga. orang yang terlampau memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana Allah. golongan pertama dan kadua itu masuk neraka. golongan ketiga itu masuk syurga. terbukti golongan pertama dan kedua itu puak syaih dan khawarij. ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah daripada Imamiyyah/Ja’fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali. Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja’far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah Zahrah, pula menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja’far as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun beliau tidak mengakuinya dan tidak menerima baiah mereka itu.
Sila rujuk: Al Jam’iyah Al Khairiyah.
Aqidah
5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan atau Usūl al-Dīn bagi golongan Mazhab Syiah:
* Tawhid – Bahwa Allah itu Satu
* Nubuwwah – Bahwa Nabi dan Rasul yang ma’asum dilantik oleh Allah untuk mengajar and membimbing manusia. Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul terakhir.
* Qiyamah – Bahwa Allah s.w.t. akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat
* Adalah – Bahwa Allah s.w.t. itu Adil
* Imamah – Bahwa Allah s.w.t. melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia, yakni sebagai Imam. Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah Imam dan juga Rasul. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul maupun seorang Nabi tetapi Imam.
Percanggahan dengan Sunni
Puak sunni kumpulan orang Islam yang yakin berpegang pada sunnah Rasul walaupun mazhab ini diasaskan secara lengkap setelah 200 tahun wafatnya Rasullah.Perbalahan antara Puak Sunni dan Syiah bermula setelah pemerintahan keturunan Umaiyyah telah mencuba sedaya upaya untuk mengelak jatuhnya kuasa politik pada tangan Ahlul bait lalu telah mereka mengambil jalan menghina dan mengfitnah keturunan Rasullah dan Pengikutnya setiap kali Khutbah solat jumaat.Maka sehingga hari ini,segala api fitnah yang diasaskan telah menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.
kajian dan penyelidikan yang niuteral sedakan syeikh alhazhar, Syaikh Mahmud SyaltutDia telah mengeluarkan fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu l-Islam yang diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina l-Madhahib al-Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di Kairo, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:
1. “Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang mana jua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu , diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain – yang manapun juga – dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu…..” Kemudian dia berkata lagi:”Sesungguhnya mazhab Ja’fariyyah yang dikenali dengan sebutan mazhab Syi’ah Imamiyyah Ithna Asy’ariyah adalah satu mazhab yang setiap orang boleh beribadah dengan berpegang kepada aturan-aturannya seperti juga mazhab-mazhab yang lain….” “Kaum Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini, dan berusaha melepaskan diri dari kongkongan ‘Asabiyyah (fanatik) dalam membela sesuatu mazhab tertentu tanpa berasaskan kebenaran….”
2. Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh dan terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan bahawa mazhab Ahlu l-Bait AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syi’ah daripada para imam Ahlu l-Bait AS dan daripada datuk mereka Rasulullah S.A.W daripada Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT.
3. Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul l-Bait (isi rumah) lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil dari Ahlu l-Bait AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah).
4. Banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menyokong dakwaan akan menerangkannya kepada kalian nanti.
5. Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi S.A.W yang menunjukkan kebenaran Ahlu l-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi’ah. Sila lihat buku Syi’ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu’ (Syi’ah dan hujah mereka tentang Tasyayyu’) dan juga buku al-Muruja’at (Dialog Sunnah – Syi’ah) khususnya dialog keempat. Ia akan memuaskan hati anda jika anda orang yang insaf. Jika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda sendiri.
Perbezaan Sunni dengan Syiah
Antara perbezaan yang boleh dilihat adalah seperti berikut:
* Khalifah diwasiatkan secara nas
* Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah
* Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasullah
* Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin
* Menghalalkan nikah Muta’h yang diharamkan
* Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab
* Menolak Qias
* Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mengatakan para sahabat yang merawikan hadis itu kafir
* Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan