Halaman

Salam Persaudaraan Dunia dan Akhirat.

Sejarah Solat

SUBUH

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

    Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepasa dari kegelapan
    Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

    Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan
    Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
    Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah
    Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas

ASAR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada kegelapan iaitu:

    Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
    Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut.
    Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
    Rakaat keempat:-Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

    Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
    Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
    Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga

ISYAK

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telahtersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allahlalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglahNabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

    Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya
    Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
    Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun
    Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun