ALLAH adalah nama yang teragung bagi Pencipta segala Makhluk dan Tuhan alam semesta ini. Nama ini adalah nama umum bagi Allah SWT dan dengan nama inilah Allah memperkenalkan diriNya kepada manusia.
Allah SWT telah memberi ilmu kepada manusia bahawa Dia adalah Esa dan segala pujian hanya layak untukNya. Perkataan “ALLAH” adalah keterangan secara kasar tentang zarah/zat Allah SWT. Roh manusia (jiwa/roh) dan jasad manusia semuanya adalah Zat. Jiwa atau roh mengembara dari bumi ke punca kejadian selepas matinya anak adam itu dalam bentuk zat “Tenaga”. Dengan cara yang sama perkataan Allah menerangkan kandungan zat pencipta kita.
1. Mulakan dengan Bismillah.
Bila menyebut atau membaca nama-nama Allah, hendaklah seseorang itu memulakan dengan menyebut Asma Ul Husna yang pertama iaitu Bismillah Hir Rahman Nir Rahim. Ini diikuti dengan bacaan selawat “Allahumasolli ala syaidina Muhammad, Wa alaa ‘alisayaidina Muhammad”. Allah Yang Maha Agung berselawat ke atas Muhammad SAW dan melindungi keluarganya di dunia dan di akhirat. ( baca selawat sekali lagi selepas habis membaca Asma Ul Husna )
2. Doa dimakbulkan.
Siapa yang membaca Ya Allah 5,0007 kali setiap malam dengan penuh kusyuk, insya Alah apa saja yang diinginkan atau dipintanya akan dimakbulkan.
Nama Allah SWT boleh dibaca 5,000 kali untuk mendapat rezeki atau kekuatan jiwa dan material. Malah dikatakan sesiapa yang menyebut Ya Allah setiap hari dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah SWT, kekayaan akan datang mencurah-curah dari setiap penjuru.
3. Menyembuhkan Penyakit.
Bagi orang yang sakit dan tidak merasa ada kesembuhan, membacaYa Allah 1,100 kali diantara waktu Asar dan Maghrib sangat mustajab. Selepas membacanya, pesakit hendaklah membaca surah Al-Fatihah dan hembus ke dalam air dan kemudian diminum. Insya Allah dia akan merasa lega.
4. Mendapat Maruah yang baik.
Sesiapa yang membaca Ya Allah 66 kali selepas solat fardu selama 66 hari, insya Allah orang itu akan dihormati dan disukai orang. Kehidupannya akan dipenuhi kebaikan yang banyak dan kalimah ini hendaklah dibaca dengan iman yang teguh dan penuh keyakinan. Bagi mereka yang tidak begitu teguh keyakinannya terhadap Asma Ul Husna ini, membacanya akan mengurangkan kesakitan mereka.
5. Bertambah Keimanan.
Jika seseorang itu membaca Ya Alah Ya Hayyu 1,000 kali setiap hari, insya Allah iman dan keyakinan terhadap Allah SWT akan sentiasa bertambah.
6. Melawan Kejahatan.
Jika Ya Allah Ya Hayyu dibaca 100 kali setiap Jumaat selepas sembahyang Jumaat, akan menjadikan kehidupan seseorang itu mudah dan apa-apa yang dipinta akan diselesaikan oleh Allah SWT. Bagaimanpun, membaca kalimah in hendaklah dalam keadaan suci bersih, iaitu bersih dari hadas besar dan sebagainya.