Solat Tahajjud adalah solat malam, atau biasa disebut sebagaiSholatul-lail. Waktunya tengah malam atau lewat tengah malam atau pada sepertiga malam terakhir (dalam lengkongan jam 3 hingga 4 pagi). Makasebaiknya dikerjakan setelah tidur terlebih dahulu. Solat sunat ini memiliki nilai yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. Solat ini telah dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Sebelum perintah solat lima waktu diwajibkan, Rasulullah SAW pernah memerintahkan para pengikutnya untuk melakukan solat tahajud. Hal ini tersirat dalam beberapa hadis:
Sahabat Abdullah bin Salam mengatakan, bahwa Nabi SAW telah bersabda yang maksudnya: “Hai sekalian manusia, sebar-luaskanlah salam dan berikanlah makanan serta solat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk Syurga dengan selamat.”(HR Tirmidzi)
Bersabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya: “Seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat sunnat di waktu malam” ( HR. Muslim )
Allah SWT telah berfirman:
(Surah Al-Isro’ : Ayat 79)
Ertinya:
“Pada malam hari, hendaklah engkau solat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau.
Mudah-mudahan Allah mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.”
Dalam hadis lain juga diterangkan mengenai jumlah rakaat pada solat tahajud. Pada dasarnya, jumlah rakaat solat tahajud tidak dibatasi jumlahnya, dengan jumlah minimum 2 rakaat. Sedangkan dalam keterangan Said ibnu Yazib ra, Rasulullah SAW melakukan solat tahajud dengan jumlah 13 rakaat, dengan perincian 2 rakaat solat iftitah, 8 rakaat solat tahajud, dan ditutup dengan 3 rakaat solat witir.
Oleh itu jumlah rakaat Solat Tahajjud tidak terbatas. Namun kita bolehlah melakukannya sebagaimana berikut:
· Sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam dan 3 rakaat Solat Sunat Witir 1 salam; atau
· 8 rakaat 1 salam dan 3 rakaat Solat sunnat witir dengan 1 salam; atau
· 2 kali setiap 4 rakaat dengan 1 salam dengan witir 3 rakaat 1 salam; atau
· Dengan cara 4 kali di mana setiap kali sebanyak 2 rakaat dengan 1 salam dengan 3 rakaat witir 1 kali salam.
Lafaz niat:
أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ertinya: ” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"
Ayat-ayat yang dibaca sesudah Al Fatihah boleh dipilih sendiri. Biasanya ayat-ayat yang difahami maknanya akan lebih berkesan dan mudah dihafal. Bagi yang belum hafal, pada rakaat pertama bacalah Surah Al-Kafirun, manakala rakaat kedua bacalahSurah Al-Ikhlas (bacaan sunnah Nabi SAW); atau ayat-ayat pendek lainnya.
Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu:
Ertinya:
“Ya Allah Ya Tuhanku! masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong “
Selepas memberi salam ucaplah doa sebagaimana berikut :
” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .
Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu, dan kepada engkaulah kami berhukum .
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”
Dalam satu hadis, Allah merahmati dan suka kepada orang yang solat tahajjud:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya ;
“Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya. Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya.” (Riwayat Abu Daud)
Kerjasama suami-isteri seperti ini ini mampu membentuk keluarga dan masyarakat yang baik.
Di dalam hadis yang lain, solat tahajjud adalah budaya orang soleh:
Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah SAW: “Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” ( Riwayat At-Tarmizi )
Dalam riwayat Salman Farisi ditambah lagi dengan faedah lain iaitu, “ia dapat menghilang penyakit dari dalam tubuh.” – ( Riwayat At-Tabrani )
Imam Syafie mengharuskan solat tahajjud secara berjemaah. Manakala Imam Hanafi mengatakan solat tahajjud itu dilakukan secara individu.
Kelebihan (Keutamaan) Sholat Tahajud
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, solat tahajud memiliki 9 kelebihan, iaitu 5 kelebihan di dunia dan 4 kelbihan di akhirat kelak. Hadis yang menjelaskan kelebihan solat tahajud adalah: “Barang siapa mengerjakan Solat Tahajud dengan sebaik-baiknya, dan dengan tata- tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan : 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat.”
Adapun 5 kelebihan solat tahajud di dunia adalah:
- Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala macam bencana.
- Tanda ketaatannya akan kelihatan dimukanya.
- Akan dicintai para hamba Allah yang soleh dan dicintai oleh semua manusia.
- Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.
- Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.
Adapun 4 kelebihan di akhirat kelak adalah:
- Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti.
- Akan mendapat keringanan ketika dihisab.
- Ketika menyeberangi titian Shirotol-Mustaqim, boleh melakukannya dengan sangat cepat, seperti halilintar yang menyambar.
- Catatan amalnya diberikan di tangan kanan.
Setelah selesai mengerjakan Solat Tahajjud, perbanyakanlah membaca istigfar dan zikir kepada Allah kemudian berdoa sesuai dengan keinginan kita. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa beroleh keberkatan dan keredhoan selain dikabulkan cita-cita.
Ayuh... Marilah kita melakukannya.
Wallahu a'lam